MENGADU KEPADA KEKASIH ABADI


Kekasihku, betapa terhinanya kehidupan manusia seperti aku. Betapa lemahnya aku dalam menghadapi ujian hidupMu. Aku sering bersungut, sangat sikit bersyukur. Malah, rajin mengumpul dosa. Sikit sekali berbuat pahala dan amal. Betapa kerdilnya aku dibandingkan manusia hebat sekeliling aku. Aku hanya melihat masalah yang besar berkisar kekurangan duniaku, bersedih untuk perkara dunia yang sementara tetapi aku lupa kekurangan akhiratku. Aku sangat senang bermewah dengan dunia tetapi lupa tentang tanggungjawab yang akan aku pikul di akhirat kelak. Aku sangat takut ya Allah akan kemurkaanMu kepadaku. Aku sering memujuk diri dan bersangka yang baik-baik dengan berharap Rahmat dan AmpunanMu. Aku tidak ingin berputus asa dan berputus harapan kerana Firman Allah dalam surah at-Tahrim ayat 8, yang bermaksud; "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan 'Taubat Nasuha'. Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai..."
Dari Firman Allah dalam surah az-Zumar ayat 53, yang bermaksud; "Katakanlah; Wahai hamba-hambaKu yang melampui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus-asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
Ya Allah penawar hatiku, aku memohon ampunanMu sentiasa kerana dosa-dosaku yang telah berlalu, sedang dan akan datang atas kelemahan aku sebagai manusia yang cuai, lalai, mudah tunduk kepada desakan nafsu dan hasutan syaitan yang sentiasa mencari peluang dan kesempatan atas kelemahanku. Ampunkan dosa-dosaku yang tersembunyi mahupun yang terang-terangan, yang aku sedar ataupun tidak sedar, kerana kejahilanku mahupun kerana aku yang menzalimi diriku sendiri. 
Ya Rabb kekasih abadiku, janganlah Engkau berpaling dariku. Janganlah ditutup pintu cahaya hidayahMu untukku terus berada di jalanMu. Apabila tiba masa aku menemui Mu, matikanlah aku dalam keadaan beriman dan Engkau redho terhadapku.
Ya Allah Yang Maha Menguasai sekelian alam, Sesungguhnya Engkau Maha
Mengetahui apa yang terbaik untuk diriKu, hambaMu yang sangat lemah, tidak berupaya ini. Aamiin Ya Allah.


Comments

Popular posts from this blog

FADILAT SURAH-SURAH AL QURAN BERIKUT

SAHABAT AKHIRAT PALING UTAMA