Posts

Showing posts from November, 2018

MEMBENCI DAN MENYAYANGI KERANA AGAMA

Image
Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: Jika terdapat di dalam hatimu suatu perasaan benci atau sayang kepada seseorang, maka telitilah perbuatannya itu berdasarkan Al Qur’an dan Hadis. Jika benci kamu itu sesuai dengan Al Qur’an dan Hadis, maka bergembiralah kamu, kerana kamu bertindak sesuai dengan Allah dan Rasul-Nya. Tetapi, jika benci kamu itu tidak sesuai dgn Al Qur’an dan Hadis, maka ketahuilah bahwa sesungguhnya kamu telah mengikuti hawa nafsu kamu. Jika kamu membenci orang itu kerana terpengaruh oleh hawa nafsu kamu, maka berarti kamu tidak berlaku adil dan kamu telah menentang Allah dan Rasul-Nya. Oleh kerana itu, kembalilah kamu kepada Allah, bertaubatlah kerana kebencian kamu itu dan bermohonlah kpdNya supaya kamu mengasihi org itu dan org2 lain, yg terdiri atas org2 yg beriman, Wali2Nya, org2 pilihan-Nya dan org2 soleh dari hamba2Nya serta hendaklah kamu menyesuaikan dirimu dengan Allah di dalam mengasihi orang itu. Bersikaplah kamu terhadap seseorang, seperti kamu bersikap t...

MENGADU KEPADA KEKASIH ABADI

Image
Kekasihku, betapa terhinanya kehidupan manusia seperti aku. Betapa lemahnya aku dalam menghadapi ujian hidupMu. Aku sering bersungut, sangat sikit bersyukur. Malah, rajin mengumpul dosa. Sikit sekali berbuat pahala dan amal. Betapa kerdilnya aku dibandingkan manusia hebat sekeliling aku. Aku hanya melihat masalah yang besar berkisar kekurangan duniaku, bersedih untuk perkara dunia yang sementara tetapi aku lupa kekurangan akhiratku. Aku sangat senang bermewah dengan dunia tetapi lupa tentang tanggungjawab yang akan aku pikul di akhirat kelak. Aku sangat takut ya Allah akan kemurkaanMu kepadaku. Aku sering memujuk diri dan bersangka yang baik-baik dengan berharap Rahmat dan AmpunanMu. Aku tidak ingin berputus asa dan berputus harapan kerana  Firman Allah dalam surah at-Tahrim ayat 8, yang bermaksud;  "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan 'Taubat Nasuha'. Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan ka...