Posts

Showing posts from 2018

MEMBENCI DAN MENYAYANGI KERANA AGAMA

Image
Syeikh Abdul Qadir Al Jailani: Jika terdapat di dalam hatimu suatu perasaan benci atau sayang kepada seseorang, maka telitilah perbuatannya itu berdasarkan Al Qur’an dan Hadis. Jika benci kamu itu sesuai dengan Al Qur’an dan Hadis, maka bergembiralah kamu, kerana kamu bertindak sesuai dengan Allah dan Rasul-Nya. Tetapi, jika benci kamu itu tidak sesuai dgn Al Qur’an dan Hadis, maka ketahuilah bahwa sesungguhnya kamu telah mengikuti hawa nafsu kamu. Jika kamu membenci orang itu kerana terpengaruh oleh hawa nafsu kamu, maka berarti kamu tidak berlaku adil dan kamu telah menentang Allah dan Rasul-Nya. Oleh kerana itu, kembalilah kamu kepada Allah, bertaubatlah kerana kebencian kamu itu dan bermohonlah kpdNya supaya kamu mengasihi org itu dan org2 lain, yg terdiri atas org2 yg beriman, Wali2Nya, org2 pilihan-Nya dan org2 soleh dari hamba2Nya serta hendaklah kamu menyesuaikan dirimu dengan Allah di dalam mengasihi orang itu. Bersikaplah kamu terhadap seseorang, seperti kamu bersikap t...

MENGADU KEPADA KEKASIH ABADI

Image
Kekasihku, betapa terhinanya kehidupan manusia seperti aku. Betapa lemahnya aku dalam menghadapi ujian hidupMu. Aku sering bersungut, sangat sikit bersyukur. Malah, rajin mengumpul dosa. Sikit sekali berbuat pahala dan amal. Betapa kerdilnya aku dibandingkan manusia hebat sekeliling aku. Aku hanya melihat masalah yang besar berkisar kekurangan duniaku, bersedih untuk perkara dunia yang sementara tetapi aku lupa kekurangan akhiratku. Aku sangat senang bermewah dengan dunia tetapi lupa tentang tanggungjawab yang akan aku pikul di akhirat kelak. Aku sangat takut ya Allah akan kemurkaanMu kepadaku. Aku sering memujuk diri dan bersangka yang baik-baik dengan berharap Rahmat dan AmpunanMu. Aku tidak ingin berputus asa dan berputus harapan kerana  Firman Allah dalam surah at-Tahrim ayat 8, yang bermaksud;  "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan 'Taubat Nasuha'. Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan ka...

SAHABAT AKHIRAT PALING UTAMA

Image
"Ketahuilah sesungguhnya setiap anggota badan mu itu mempunyai sahabat. Sahabat bagi mata mu ialah AIRMATA TAUBAT, Sahabat bibir mu adalah ZIKRULLAH, Sahabat bagi telinga mu adalah bacaan AL-QURAN dan Sahabat dahi mu adalah TIKAR SEJADAH. Setelah engkau menemukan 'mereka' dengan sahabat-sahabatnya, Percayalah hidup mu tidak akan pernah SUNYI di DUNIA dan Mereka akan menyebut-nyebut kebaikanmu di AKHIRAT kelak.” 💚 @hatikuhatimu ☘☘☘

FADILAT SURAH-SURAH AL QURAN BERIKUT

Image
Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.۞ Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.۞ Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.۞ Surah Al-Waqi’ah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.۞ Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.۞ Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.۞ Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.۞ Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.۞ Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.۞ Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.     Share banyak banyak lagi ke group lain,tak rugi dapat pahala...☺️

AMALAN HARIAN MUSLIM MUSLIMAH

Image
Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah: 1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan. 2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir shj mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman. 3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi. 4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu. 5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 2...